Domo

Monday, August 8, 2011

Blog da lama x update..

Assalamualaikum kepada pembaca2 blog sekalian. Da lama juga la aku x update blog ni sebab malas nak taip, lagi pun lepas final exam bulan lepas siapkan report final projek n assigment yang x siap2 lagi. 

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T kerana kita dah berpuasa selama 8 hari sejak hari isnin minggu lepas. Aku baru je balik dari masjid wat solat sunat tarawikh. Tapi korang kena ingat, x kan tarawikh je nak buat, benda2 wajib pun kena buat gak macam solat fardu 5 waktu. X guna kalau kita puasa wajib tapi x solat wajib, x dapat apa2 pun, rugi n sia2 je. Ok, kita cerita pasal puasa. So far puasa korang macam mane? Full ke x?hehe.. Hope puasa dalam bulan ramadhan yg kita kerjakan ni dapat keberkatan olehNya. Amin.. 

Aku pendekkan cerita la ye. Hari sabtu yang lepas, ada program convoi ramadhan 24jam sekitar Melaka anjuran Pertubuhan Pemikir Muda (PPM). Aku n cousin aku pergi convoi tu. So ada bagi sumbangan bentuk duit, barang2 keperluan la kt orang2 susah. Memang seronok gak sebab dapat berjalan even penat la sebab aku bawak kereta, cousin aku soh aku drive kereta dia tapi sikit aku x merungut. Bukan pergi rumah orang2 susah je tapi pergi rumah orang2 tua kt Rumah Seri Kenangan Cheng kt Cheng Melaka. Bila pergi sana, memang byk orang2 tua la kt sana. Tapi kesian gak orang2 tua sebab duk situ bukannya anak2 dorang yg jaga, hmmm..ntah la wallahualam. Dapat gak pengajaran kt situ supaya ingat jasa orang tua kita bila kita perlukan dorang, jgn la biarkan org2 tua di hantar ke tempat kebajikan masyarakat, agak sedih sikit la. Walau mcm mana pun, member2 yang join konvoi beramah mesra dgn org2 tua, memang suka la kan. Lepas tu pergi masjid nak wat solat asar, yg jadi imam cousin ku sendiri. Then da selesai baru la g ke rumah orang2 yg layak dpat bantuan sampai la da nak buka puasa. Abis je buka puasa, aku n cousin ku balik rumah, mandi solat apa semua, pkul 2 pagi lebih macam tu ada wat qiamulail kt rumah anak2 yatim kt Pantai Kundor. Majlis tu abis pukul 5 la then sahur dengan dorang.

Cerita pasal bulan lepas bulan Julai, macam2 peristiwa yang ku dapat. Baik manis atau pahit pengalaman aku. Yang pahit lak, 17 Julai 2011, aku da clash dgn Nadzirah. Maybe x ada jodoh apa ley buat kn. X apa la biar la dia cari yang lebih baik dari aku. Sedih gak la dia tinggalkan aku, hari yang sama gak aku n cousin2 aku hang out tgk wayang cerita Harry Potter episod last. Ok la lupakan je masa yang lepas. Yang manisnya aku dapat jodoh yang baru, nama dia Aida. Aku kenal dia kt facebook, kawan cousin aku Shikin sama tempat belajar kt Institut Professional Baitulmal. Sebelum ni dia pernah tunang tapi jodoh x lama atas sebab2 tertentu. Kesian la kt dia, agak sedih, merana n macam2 lagi la. Sejak aku ada, kehidupan dia lagi baik then b4. Dia pun x sedih2 sangat macam dulu, lagi happy la dia sekarang. Aku x boleh cerita lebih detail lagi, bukan apa aku x nak la kecoh2 n mesti dirahsiakan demi kebaikan kiteorang. Apa2 pun jodoh aku dan dia berkekalan buat selama2 nya. Amin.. Sepanjang bulan Julai tu, ada potong kek hari lahir adik aku no3. Tahun ni dia PMR, hope dapat la result yang baik. Selain tu gak, aku ada kelas insurans, belajar pasal produk. Kelas start 10-12, hari isnin sampai khamis je. Tapi bulan puasa, x ada kelas la. :)

Cakap pasal raya, baru lagi puasa tahun ni.hehe.. Maybe dalam minggu ni aku da ley shopping beli baju apa semua, macam biasalah tahun2 lepas kn asyik bershopping je kojo eahh. Tahun ni raya, kiteorang family pakai warna hijau tapi x sure la hijau apa. Yang bestnya cousin aku blah mak nak balik raya tahun ni, kiranya meriah la kn x macam tahun lepas, seorang pun x balik kampung beraya. Maklumlah sejak arwah atuk n nenek aku meninggal, da jarang balik. X pe la janji ikatan sillaturahim tu kekal. Tahun ni gak la aku nak puas beraya, jalan2 pergi rumah sedara2 blah ayah n mak, kawan2 n kenalan2. Apa2 pun semoga raya tahun ni lagi meriah then tahun2 yang sebelumnya. Amin. Ok la ni je aku nak share kt korang semua. Sorry la sebab da sebulan aku x update blog. Semoga korang sihat2 selalu, Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Angry Birds -  Link Select