Domo

Wednesday, June 29, 2011

Saje nak kongsi idea~

Assalamualaikum kepada semua pembaca2 blog yang d kasihi sekalian..hehe.. (da mcm orang nak bagi ceramah lak..) Korang semua tahu kn yang hari ni ialah hari peristiwa Israk dan Mikraj yg di sambut 27 rejab dalam kalendar islam.

Ok, tanpa berlengah lagi, aku nak share sikit la pasal Israk Mikraj ni, tadi aku ade pergi masjid kt kampung aku. Lepas je solat maghrib berjemaah, ade ceramah pasal Israk Mikraj. Ustaz yang bg ceramah tu lupa lak nama dia tapi dia ade sharing yg ade kaitan dgn peristiwa tu la. Antaranye, cerita pasal lembutkan hati, rendahkan jiwa n macam2 la. Tapi yang paling best, ceramah pasal ilmu, bukan maksud aku ceramah x best, tidak k. Bila cerita pasal ilmu, ustaz tu ade cakap, kalau sebelum tidur mesti la ade ilmu yang baik contohnya baca al-quran, cerita yang berkaitan dgn benda2 baik la. Bukannye sebelum tidur tu tgk wrestling ke blue ke ape2 je yang x berfaedah. X kisah la samada dia tertido ke ape ke tapi kalau boleh jgn buat la nanti kot jadi manusia yang x baik lak. I2 la yang ustaz tu cakap, so that's y budak2 kalau tu, tido mak bapak dorang kena tutup tv n sebagainya. So sebelum tido baca buku yang berfaedah la, kalau al-quran pun lagi afdal. Baru la aku tahu skrang nape sebelum tido tu baca buku. 1 jam lebih gak ustaz tu ceramah, apa2 pun best jgak la dapat info yang bermanfaat dlm kehidupan kita then amalkan. Bila habis je ceramah, buat solat isyak secara jemaah, yang jadi imam ustaz yang bgi ceramah tu. Lepas je buat solat isyak, ade jamuan ckit la untuk orang2 yang dtg masjid td, aku pun sama la join jgak. Then yang last skali baru la aku terus balik rmah.

So kesimpulan yang aku dapat pasal ceramah kt masjid tadi ialah jaga solat sbab solat tu la senjata kita untuk bersihkan dosa2 yang kita pernah buat sebelum ni n solat jgak la dapat tenangkan hati kita if kita rendah2 kn diri kpd Allah S.W.T. Selain tu, muhasabah diri kita la untuk jadi insan yang berguna. 2 saje aku nak sharing, aku x mau la sharing panjang2, smoga peristiwa Israk Mikraj dapat menjadi iktibar kpada kita semua. Wallahualam.. Assalamualaikum~

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ




PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Sunday, June 26, 2011

Akhirnya..

Salam semua, hari ni ialah hari yang paling best bagi ku. Tadi aku ade sebut pasal hari yang membosankan tol x?hehe.. Ok la, skrang ni aku tukar topik pulak. Hari ni memang hari bertuah aku sebab impian aku da tercapai. Apa yang tercapai tu ea? mesty korang nak tahu kn?hehe.. Impian aku ialah dapat nek kereta sports dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Kereta itu adalah Honda Civic Type-R FD2.



Aku mulakan cerita ini, tadi aku dgn family aku g jusco baru kt mlaka. Sampai je then masuk dalam jusco, aku ternampak ade show kereta2 Honda, maklumlah nak promote n jual kereta2 Honda kan. Macam2 jenis kereta yang ada kt situ, yang paling menarik skali bagi aku adalah kereta Honda Civic Type-R. Kenapa aku suke kereta tu? sebabnya kereta tu laju boleh kalahkan kereta2 jenis turbo. Lagi 1, pernah gak aku tgk kt youtube yang Type-R ni, kt trek di Jepun dia la no1 yg mengalahkan Nissan Skyline GT-R34 n kereta2 sports yg lain yg sama kelas dgnnya untuk time attack. Perghhh...aku pun x sangka gak enjin stok K20A tu boleh laju mcm peluru. So finally aku dpt jumpe dgn mata kepala aku sendiri. Bukan tu je, aku siap nek lagi Type-R tu tapi duk2 je la kt seat driver tu then aku berangan tukar gear. Tapi seyes masuk gear lembut je, mmg sedap gak la apatah lagi kalau d bwknye Type-R tu. Aku rasa sgt happy n teruja jap bila dapat pegang stereng n mcm2 larh. Kalau boleh aku nak dpt kereta tu gak, insyaallah kalau aku rajin cari duit, so rezeki x kemana kn. Tapi apa2 pun  aku tetap syg Satria Neo aku tu sebab da byk berjasa kt aku. Sampai sini je cerita aku. Assalamualaikum~

Saturday, June 25, 2011

Aku happy dalam ketensionan

Salam semua, hari ni hari membuatkan aku bosan bobonar la. Aku sendiri pun x tau kenapa, tapi hari ni gak la aku happy sgt2 sebab.....hehe.. Ok fine..aku cite one by one larh ye.

Cerita ini bermula pada jam 2 lebih td, ahh x yah la skema sgt nak cerita. Td masa aku tgh tengok tv cerita lama tajuk penyamun tarbus kt astro citra, tetiba je aku terdengar bunyi fon aku berdering lagu korea..hahahha.. then aku tgk sapa la yang call aku tu, sekali rupanya si dia yg bernama miss ierah my gf. Aku punye la exited nak jawab call dia, aku bg salam kt dia then berbual2 la kt dalam telefon tu. Macam2 la cerita, tanya da makan ke apa ke. Yang paling best,bila dia nasihat n ambil tahu pasal aku. Aku rasa terharu n happy sgt2 bila dapat cakap dgn dia. Selama ni ssah gak nak contact dia maklumlah dia tahu aku busy so aku faham n hormat kt dia. So tension2 pun hilang gak la even final lagi 2 minggu dari skarang. Apa2 pun aku tetap syg kt dia sgt2 walau mcm mana skali pun. Td time aku berbual2 dgn dia kt telefon, dia ajak aku g rumah org kawin cousin dia kt Bukit Rambai ahad next week, so aku x boleh nak menolak la sebab aku teringin sgt2 mau jumpa dia. Sejak akhir2 ni dia busy sikit, sebab dia ada buat tempahan baju untuk hari raya. So aku faham la dia macam mana skrang. Aku ingat lepas ni nak jumpa family dia pulak n beramah mesra, at the same time aku ley cerita pasal insurans kt dorang. Kot2 la aku dapat prospek, so sonang la kojo den. Tapi aku kena slow talk dulu la, x kan nak serbu je kan tol x?hehe.. Hope jodoh aku dgn dia berkekalan sampai akhir hayat. 2 je aku nak sharing kt korang semua. Btw korang doakan aku supaya aku dpt jawab final exam dgn mudah dan wish me luck ok. Assalamualaikum..

Tuesday, June 21, 2011

suka, duka dan muka..hehe

Salam semua, hai-hai n mai-mai..haha.. nak update ape ea kali ni. Hmmm...hari itu ade gak idea tapi bila je buka blog then nak update mulalah idea2 ku yang hilang, hilang dan hilang...uuwwaaaaaa.... Ok la aku nak sharing sikit la pasal diriku lagi,haha.. asyik2 pasal aku je kn hmmm...bosan2, tukau topik bak kata orang mlaka.

Sekarang kita masuk perenggan baru (skema benau ayat mung). Aku nak cite sejak akhir2 ni, kereta aku selalu je buat masalah je bukan skali tapi ompek kali den kono..huhu.. Masalah kereta ku ialah sensor gear box wat hal lak, tapi sekrang ni alhamdulillah la kereta ku sihat walfiat so aku berdoa sgt2 supaya kereta ku x buat hal yang sama macam hari tu..amin..

Memandangkan aku skrang suda berehem2 dgn si dia yang skrang iaitu Miss Nadzirah Abu Bakar, aku selalu contact dia sebab aku syg dia sgt, lagi 1 kan aku suka pada suara dia yang comey tu...hehhee....buatkan aku rasa jatuh hati sejatuh2nya larh..hahha.. (ni kes da gatai la ni) Then muka dia pun lawa gak, maybe sebelum ni aku ade cerita da korang semua, so aku nak cerita skali lagi la. Mesti korang nak tahu mcm mana aku ley kapel dgn dia kn? Ok la, 1stly aku kenal budak tu dari fb even sebenarnya dia tu kawan sama skolah menengah aku dulu masa tu aku x kenal sgt tapi bila jumpa kt fb aku start kenal dia betul2. Suatu hari 2, aku tgk pic dia kt album, aku ternampak muka dia yg lawa tu cewahhh.. Kawan2 dia iaitu kawan aku gak yg aku kenal masa skolah komen pic tu then aku pon mencapub skali la,hehe.. Aku puji dia 1st komen then komen punye komen then aku chating dgn dia lak. Chatting punye chatting aku mntak no fon dia pas tu ape lagi aku mesej je la dia tu. Selalu gak mesej dia, mula2 aku2 ko, pas tu awk2 sy then pas tu...hehe.. adelah rahsia d pohon cemara macam tajuk lagu la..hee~ Tiba la suatu hari 2, aku mintak kapel dgn dia, aku suka kt dia sgt2. 2 je la aku mau cite, x nak la cakap banyak2 kang len lak jadinye..huhu..

Ok la sampai sini je la nak update.. Tunggu update blog yang akan datang sayonara...Assalamualaikum~

Saturday, June 18, 2011

sungguh ku x sangka perkara yang akan terjadi..

Assalamualaikum pembaca2 blog, aku nak cakap pun x tau nak tulis ape lagi. Dugaan n cobaan aku dapat skunk. Aku bersyukur sebab family aku da balik Malaysia setelah selesai menunaikan ibadat umrah 2 minggu lepas. Alhamdulillah doa aku akhirnya termakbul juga. Tadi awek aku majuk sebab bese la org perempuan kn aku x mau la cerita tapi alhamdulillah doa aku makbul, skunk ni aku dgn dia da ok. Terima kasih la tok adik angkat aku sebab pjuk dia, x ade dia maybe ntah macam mana la aku skunk. Btw yang penting skunk aku mesti siapkan report final projek secepat mungkin. Ok la ni je cerita aku, so sayonara Assalam~ :)

Friday, June 3, 2011

Musim demam le..

Salam semua, sperti korang sume tahu yang cuaca masa ni x menentu sampai demam, selsema n apa2 jenis penyakit yg berkaitan la. Baru2 ni aku baru je baik demam tapi batuk n selsema still ade lagi la, huhu.. Dan sekarang kakak aku pulak yang terkono virus oleh den,haha.... tapi ape boleh buat da terjadi kn, so aku mintak2 sgt kakak aku baik demam, kelmarin dia da kena. Hari ni awek aku pulak yang sakit tapi hope she will be fine larh. Petang ni aku nak ambil kereta aku yang da lama kt workshop sebab ade problem teknikal sikit so hope sgt2 la jangan dia buat hal lagi dengan aku. Bila kakak aku da demam maka x ada la dia nak masak tok aku, so pandai2 la aku makan ape nanti..huhu.. Ok la ni je nak cerita, Sayonara Salam.. :)
Angry Birds -  Link Select