Domo

Monday, August 15, 2011

Ramadhan ke15 dan 15 hari dalam bulan lapan~

Assalamualaikum kepada pembaca2 yang dikasihi. Hari ini da 15 hari kita da berpuasa dalam bulan 8 yang juga 15 Ramadhan 1432 bersamaan 15 Ogos 2011. Tapi sebelum aku nak share selanjutnye, nak tanya korang setakat ni puasa penuh ke x? Kalau puasa penuh alhamdulillah la, yang x puasa tu maybe ada sebab2 nye. Tapi jangan la mengada nak ponteng ea, x baik tau..hehe.. Lagi pun, Allah S.W.T da berkata, sesiapa yang meninggalkan amalan puasa wajib dengan sengaja dalam bulan Ramadhan maka apabila dia hendak berpuasa kelak, x akan di terima puasanya. I2 kalau x silap aku la, sebab ustaz ade cakap so jangan la kita sekali2 nak ponteng2 puasa ye, lain la kalau ade2 sebab2 nya. 2 boleh dimaafkan.

Cakap pasal 15 ramadhan ni, genap 16 tahun dalam bulan Hijriah arwah atuk belah mak aku meninggal. Sebab dia meninggal masa aku 4 tahun then time tu gak la bulan puasa jatuh 15 ramadhan iaitu tarikh islam hari ni. Masa tu, aku pun x tau arwah tu meninggal, memang x de perasaan sedih ke apa, maklumlah budak kecik yg belum akil baligh, mana la tahu bab2 ni. Bila je aku da boleh berfikir, baru la ku sedih sebab da x ada lagi. Teringat lagi masa tu, arwah nek motor aku nek blah depan kt bakul, memang best sgt2 pusing2 1 kampung. Motor tu jenis Honda Cub C80 warna biru, no plate MM9323 (aku ingat lagi no motor tu). Bila je atuk ku da meninggal, motor tu ade lagi ayah ku guna even x ade lesen motor. Tapi x lama lepas tu, motor tu jual kt cousin aku. Last aku jumpa masa aku form 2 ke form 3 x silap aku la. Tapi banyak kenangan dengan motor tu. Apa2 pun aku sedekahkan Al-Fatihah untuk atukku. Tapi semalam pun genap jugak arwah nenek blah mak aku meninggal 14 hari bulan 8 tapi bukan dalam kalendar islam, da 7 tahun pergi buat selama2 nya. Al-Fatihah. Dulu aku rapat sangat2 dengan arwah nenek lepas je arwah atukku meninggal, tiap kali nenek ku nak keluar mesti aku nak ikot sekali. Tapi yang best, pergi KL dengan arwah nenek duduk rumah paklang, mokteh n rumah pakcik kt Sungai Besar Selangor. Seyes memang best, sebab dapat kuar selain Melaka. Tapi bila nenek da x ada, x ada la nak duduk2 sgt kt rumah sedara2. Jarang jugak la masa sekarang. Lagi pun sedara mara da jarang balik kampung, nak2 time raya. Tahun ni cousin aku balik kampung beraya dengan laki dia n anak2. X sabarnye.. 2 je aku nak sharing kt korang, semoga bulan Ramadhan n Syawal tahun ni lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Amin...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Angry Birds -  Link Select