Domo

Monday, August 29, 2011

Besok hari raye..

Assalamualaikum semua, hari ni kita semua tahu yang hari ni last puasa if raya jadi besok la. Huhu...sedeynye bulan ramadhan da pergi tapi aku mintak2 sangat la dapat bertemu lagi bulan ramadhan tahun depan, amin.. Memandangakan besok nak raya, mesty korang still lagi bershopping last minit en, sebab beli time da nak raya, harga pun murah gile. Tapi bagi aku murah ke apa ke janji dapat la bershopping tapi x la sampai melampau2 la juz bese2 je. Lagi 1, kalau beli last minit ni ramai sangat orang better shopping awal2 n sekarang keje pun da setel, da abis shopping so da sonang den, x ada la serabut je otak aku ni. Mesty hari ni jam gile maklumlah orang nak balik kampung jumpa orang yang kita sayang kn. Ape pun berhati2 la d jalan raya, musim perayaan ni banyak kes eksiden mati la i2 la ini la..haihh.. ni semua gara2 nak cepat sampai rumah. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat, betul x?

Oh ye, sebelum aku terlupa, semalam besday aku 28 hari bulan. Dapat gak la makan cheese kek oreo yang lecturer aku buat. Aku wat tempahan kt dia, beli dalam rm30 tapi makan puas hati la even kek tu kecil. Kt facebook lak, banyak orang post wall kt aku wish besday. Btw, thanks to u all bcoz wish me my birthday.

Tengah hari ni nk g kedai aksesori nak ambil plate jenis baru untuk domo aku, kiranye nak ubah ckit la kt kereta time raya.hehe.. Malam ni ade kenduri rumah sedara aku, tiap2 tahun malam raya mesty akan buat kenduri untuk jumpa sedara mara macam gong xi fa cai, malam sehari sebelum tu msty ada jumpa sedara mara. K la 2 je nak cerita, apa pun selamat hari raya kepada korang semua, maaf zahir dan batin. Assalamualakum~ :)

Tuesday, August 23, 2011

Dia merajuk, aku lagi la merajuk..

Assalamualaikum semua. Hari ni aku x ada mood la. Sebabnya maybe aku penat kot, ada hal tadi. Tapi si dia ni pulak merajuk lak pasal aku busy sikit tadi, so that's y aku x ada mood. Tapi x ape, jap lagi mood aku ok la.. :) Ok la, besok aktiviti aku, pagi2 nak hantar kereta kakak aku g workshop tukar bateri baru, kang x pasal2 tetiba je kong mcm kereta aku semalam. Pas tu pulak nak g kedai elektrik jap nak soh member tu repair washing machine. So aku rasa tu je la. Lusa malam, nak pergi KLIA nak ambil bakal abang ipar aku balik dari Sibu Sarawak. Yes, x sabarnya. Emmm...2 je la aku nak cerita, ok la selamat menunaikan ibadah puasa n selamat hari raya ok.. Assalamualaikum~

Cerita apa yang aku nak cerita... :P

Assalamualaikum semua, korang apa kabar? sihat? aku sihat alhamdulillah... Diam x diam kita da nak penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Hari ni 23 Ramadhan bersamaan 23 Ogos. 

Ok la, mesti korang bershopping je kan, maklumlah raya nk dekat so mesti nak pakai baju baru la, seluar la, kasut la. X lupa juga, nak kemas2 rumah n hias2 rumah kn..hehe... Kiranya semua nak baru la senang cerita. Tapi kena ingat raya ini bukan bermakna kita nak benda2 yang baru kan, actually kita sambut raya ni semata2 nak meraikan kemenangan tok diri kita sebab kita berjaya puase sebulan, tapi ada yang ponteng puase tu sibuk je nak beraya, apa da, kecuali yang sakit ke apa ke 2 boleh d maafkan. Selain tu juga la, kita sambut raya dgn happy n meriah baru la ceria kan pada bulan syawal. Sambil kita beraya2 ni kn dgn begitu gembira apa semua, ada juga yang sedih sebab kehilangan org yang tersayang, tangan putus la sebab men mercun n mcm2 lagi la. So kita patut bersyukur sebab kita raya dengan begitu meriah n happy. Oh ye, mesti korang nak tahu kn, tahun ni baju raya aku warna ape. Tahun ni tema den warna hijau gelap tapi x gelap sangat. Semua baju2 n seluar aku da beli, kiranya da setel la untuk aku. Yang x setel lagi, rumah je belum kemas sgt, banyak gak keje minggu ni. Da la next week nak raya, lagi seminggu beb..huhu.. Tapi xpe, dalam masa seminggu ni keje mesti da siap.haha... Ok la, ni je nak aku share kt korang, sebab idea da hilang,kah3x... Sayonara Assalamualaikum~ :)

Monday, August 15, 2011

Puasa dan Kelebihan Solat terawih


Bismillahirrahmanirrahim…
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa
  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Angry Birds -  Link Select