Domo

Thursday, August 17, 2017

5 tahun wehh baru buka balik blog ni..!!!

Assalamualaikum semua..hahahahha
Salam sehati sejiwa dan salam perkenalan kepada korang yang baru mengenali aku.

Oh ye, den sihat jo, ekau orang macam mano? Baik ko? Sekarang ni cuaca x menentu, hujan, panas, tapi sekrang ni pun musim hujan. Nak pulak musim banjir, Allahuakbar, apa pun semoga diorang baik2 ajo dan sabar menghadapi dugaan Allah.


Ok lah, 5 tahun weh aku dah x layan blog ni, maybe sebab aku dah malas nak taip2 ni kan, maklumlah dah berkerjaya ni en..hehe. Sebernarnya aku dah lama x bukak blogspot ni, paling tak pun aku just buka email then tgk email2 yang penting2 macam kerja dan sebagainya. Dah genap 5 tahun aku baru nak update, last masa update pasal konvoi group kereta Neo masa tu under Melaka Neo Crews, share pasal bawa anak-anak yatim pergi ke Menara Taming Sari 2012 bulan 8 x silap lah bulan puasa masa tu. Then sejak dari hari tu, aku dah malas nak layan, buat dunno je.


Hmmm..
Kenapa tetiba nak update blog ni balik eh? haaa..suka hati aku..cewahh..x ada lah, sebenarnya, start dari email yahoo lagi, nak cleankan balik email2 lama, then simpan email yang nak tengok nanti. Masa yang sama, tengok balik fb aku ada info2 dalam tu, sekali baru teringat aku ada save link blog aku dalam fb. Apa lagi buka la, then kena pulak aku tengah log in email yahoo. So ubah la siket2, blog ni, daripada background kartun, tukar kereta lak, then tukar profile pic gambar latest.hehe...saja ubah mood..


5 tahun dah berlalu, so macam-macam aku dapat pengalaman sepanjang 5 tahun ni. Kalau nak kata pasal cinta, ekau jangan bukak topik la eh, hahaa...macam2 aku jumpa tapi semua x menjadi, x apa la. Bukan jodoh aku, bukan rezeki aku, but its ok. Aku belajar semua tu. Aku kena move on, so be positif. Apa yang aku update dulu dengan sekarang maybe beza siket sebab ayat aku ada macam bodoh2 je. Maklumlah ada blog sendiri sejak umur 19, so sekarang dah ++. Aku start create tahun 2010, macam2 cerita aku share kat korang semua. Then apa yang aku update sebelum ni, aku minta maaf, iyalah budak x matured kan update mengarut2. Aku belajar silap aku dari segi percakapan or perbuatan. So im sorry kawan2.. :)


Memandangkan sekarang aku ada kerjaya aku sendiri, aku kena fokus iaitu kerjaya untuk rekrut orang join prudential. Actually, aku start pun sejak umur 18 lagi, zero knowledge pasal insurans, takaful malah nak bawa orang masuk apatah lagi. Tapi dengan bantuan leader aku, aku dapat sampai ketahap yang sekarang. Alhamdulillah. Tapi x lupa jugak pada partner2 prudential yang tolong aku bagi sokongan moral pada aku..thanks semua. 


Macam mana pun, aku x boleh giveup dan aku kena istiqamah untuk teruskan hidup dan kerjaya aku ni, moga2 diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT. Apa yang kita lakukan kena niat kerana Allah taala. Aku ni bukan ustad bajet good2, just nak share kt korang benda2 baik ni. Biarlah depa nak kata apa. Tapi apa pun, jangan malu nak belajar ilmu yang baik even kita rasa dah pandai or berada kat atas. Sebab ilmu ni luas, belajarlah sampai kita dah x ada kat dunia ni. Eh, kesitu pulak den cerito eh...hahaa.. 


Dah pukul 4.15 pagi ni, den pun bolom tido laei eh, tu jo la den nak kobarkan kat ekau semua. Ok la den tido dulu, lagi sejam lobih nak subuh. Sayonara~ 

Assalamualaikum
Angry Birds -  Link Select