Domo

Thursday, March 31, 2011

Cer cite cer cite.. :)

Salam to all bloger2 sekalian, hari ni 1 hari suntuk aku asyik busy je dgn kawan2 aku, da la penat,huhu... Korang nak tahu kenapa? Sebabnya aku da start final projek then projek ni bukannya projek yg olok2 or dummy projek no no no... Ni projek RM2 juta punyeee...hahaha..betul2 beb bukannye cobaan. 1st day kiteorang buat plan lantai dulu, 2nd day iaitu semalam discuss n present plan lantai networking. Oh ye, lupa lak aku, projek ni projek networking iaitu pasang rangkaian kt ofis STES (School of technologi education skil..yeke ni aku ckp, ahhh..pape aje la). Kiranye kiteorang pasang kabel2 macam jenis UTP kabel, wall box n barang2 yg berkaitan la. Ok kita pendekkan cerita, 3rd day iaitu hari ni kiteorang da conformkan kt lecturer2 kireorang pasal plan network ni so ptg tadi da start projek, 1stly pasang wall box dulu (lau korang tau la) pas tu pasang casing kabel or wayar so tu je la. Besok pulak sambung kabel UTP, so sambung dari switch ke faceplate. Kalau nak ikutkan hari isnin or selasa da siap pasang semua hope jadi n success la. Bila da siap je pasang tu semua baru la kiteorang buat report, aduhhhaiii da la setiap sorang wat report tapi never mind janji dapat A la nanti,amin...

Ceria yg sterusnya pulak pasal badminton, aku ni even minat kt sukan badminton tapi aku risau bebeno sebab aku macam x berapa yakin dengan kebolehan aku bila lawan betul2 ni. Untuk pengetahuan korang semua, aku ade join pertandingan badminton anjuran unitar-kym nanti. So aku belum lagi training untuk pertandingan tu so that' y aku risau n takot bila aku kalah nanti, aku join pun bukannye sorang, kawan2 aku gak. Mula ingat aku main beregu je tapi sebabkan x ade orang so aku terpaksa main 2 game iaitu beregu n single la..huhu..lau beregu aku ok lagi tapi single tu mak aihhh..takot seyh tapi x ape atleast aku ade join gak then x wat pape. So wish me luck ok. So ok la sampai sini la cerita aku...bye Salam..

Monday, March 28, 2011

Bengong jap..haha~

Assalamualaikum to bloger2 d luar sana, hari ni aku nak sharing maring ckit la pasal sejak akhir2 ni. Haihhh....sejak da masuk sem baru ni da agak busy la ckit sebab dgn final projek n muet tapi x ape sebab ni sem last so kena struggle jgak la. Tapi kn nasib baik la final projek Puan Noraniza pegang so lega ckit la even Puan Feeza ade interfrem skali tapi ckit je,hehe.. Aku dgr cerita projek kali ni agak best la sebab ade pasang2 kabel etc so I'm so happy even ada penat la kn, yela kerja tu nak kata berat tu x la berat, nak kata ringan pon x ringan jgak. Aduhaii...da la syok2 tengok cerita senario asam garam kt dvd bukak kt lappy, lpas je tgk then on9 aku bukak notification yg haziq ade tag post sekali, dia ckp soh dak DTR sem 5 on9 sekarang sebab ade discuss ttg final projek dgn Puan Feeza, perghhh...da 1 jam lebih dia post tadi, time tu aku tga tgk dvd lagi nih so x on9 la tadi,hehe..btw, x ape ley aku ushar2 besok macam mana, hope sgt2 la dorang x berhenti kolej dulu sebab da nak abis kn lagi pon aku x ade kwn lorh..huhu.. Hope sem ni x susah ape yg aku sangkakan, amin.

Oh ye, lupakan ceritakan pasal ni sebab aku rasa not anything problem, lepas je sem 5 ni aku n the gang macam bese la cuti sem kn pas tu, bermulah alam praktikal a.k.a kerja x kisah la kerja apa2 pon yang penting sesuai dgn bidang apa yg kita ambil. Ayah aku da sroh aku praktikal kt ofis ayah aku Prudential kt Bachang Melaka, sroh buat kerja macam susun database quotation la itu la ini la, tapi ade kaitan jgak dgn IT yg aku ambil ni. Tapi aku x mau la cerita kt dorang kang mula lah dorang nk komen itu la ini la, maleh den..hahaa... Dorang punye pasal, aku2 punya pasal ok full stop, cewahhh...hehe.. Ok la itu saje nk sharing dgn korang. Sayonara Assalam~ :)

Sunday, March 27, 2011

Drama di suatu petang...

Di suatu petang bertarikh 21 Mac,terjadinya sebuah drama yg agak tragis. Kisah bermula apabila Siti (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai makan di kawasan bandar Melaka dengan menaiki kereta Kancil bersama-sama Zack dan Remy (juga bukan nama sebenar). Sebaik sahaja tiba,Zack dan Remy terus duduk di kerusi yg disediakan di kedai itu. Siti pula menyusul dari belakang. Tapi,belum sempat Siti nak duduk...,tiba-tiba muncul seorang lelaki (Haikal - juga bukan nama sebenar) bangun dari tempat duduk di meja berhampiran,dengan muka yg masam,pergi berlalu dari meja tersebut. Siti berlari-lari anak mengejar Haikal dan menahannya dengan menarik tangan Haikal itu. Mereka seakan berbicara sesuatu. Haikal,sekali lagi ingin pergi dari situ tapi Siti berjaya menarik tangannya. Mereka berbicara lagi. Cuma kali ini kelihatan lebih tegang. Haikal mula meninggikan suara. Air mata mula menitis di kedua-dua pipi Siti. Keadaan bertambah tegang. Semua pelanggan di kedai makan tersebut mula memberikan perhatian ke arah mereka berdua. Hanya untuk mengetahui hal yg sebenar. Zack dan Remy bangun dari kerusi dan menuju ke arah Siti dan Haikal. Remy cuba untuk menenangkan keadaan mereka berdua yg sedang tegang itu. Namun,sebaliknya,Zack kelihatan seperti cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan. Zack juga mula meninggikan suara. Zack mula bertelagah dengan Haikal. Mereka hampir-hampir bertumbuk. Tapi berjaya ditahan oleh Remy dan Siti. Air mata di pipi Siti semakin laju mencurah. Untuk dipendekkan cerita,rupa-rupanya Haikal dan Siti adalah pasangan kekasih. Siti berlaku curang terhadap Haikal,memberi alasan keluar bersama saudara tapi sebenarnya keluar bersama lelaki lain. Siti semakin teresak-esak menangis. Haikal akhirnya pergi berlalu dari situ dengan wajah yg sedih bercampur geram...
Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah...
The moral of story  :  DON'T EVER EVER EVER CHEAT & BETRAY YOUR LOVE ... !!!

Saturday, March 26, 2011

Ann - Cinta Melankolia

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli

Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia

Cerita Menarik..

Assalamualaikum, da lama aku x menulis blog ini.hehe.. Sekarang ni, aku da naik semester 5,  lagi 1 sem untuk aku habiskan. So aku da x boleh nak main2 lagi dalam soal belajar. Ok lah, sebelum tu, aku nak cite sikit pasal kenduri kawin cousinku yg lelaki baru saje berlangsung minggu lepas. Even penat tapi best jgak la sebab ramai sdara mara yang datang hari tu. Ok aku nak cite dari first sampai la yg last. Bak kata org Perak cer cite cer cite macam yang dalam cite hantu kak limah tu..hehe..

2 minggu yang lalu, majlis d adakan d sebelah pengantin perempuan dkat Baling Kedah, perjalanannye mengambil masa dalam 5 or 6 jam la macam tu sebab ade berhenti rehat, x kan la x berehat pulak kn, x pasal2 mengantok time tgh driving, maunye x naye..huhu.. Ok berbalik pada cite tadi, kiteorang pergi dalam 6 buah kereta macam tu. Rest house yg kiteorang duduk ni kt Gerik Perak, d antara sempadan Perak dgn Kedah la, aku ingat x ada benda la yang menarik sebab dr depan macam tempat2 murah je, tapi bila masuk je perghh bilik air dia cun seyh..haha..not bad la.. So macam bese ambik brg2 dalam kete, pas 2 kiteorang rehat2 jap dalam 1 jam lebih kurang. Oh ye, kiteorang sampai kt Gerik pkul 3 lebih. Abis je rehat kiteorang pon siap2 nak g Kedah, x jauh mana pon dari Gerik dlm setengah jam je.. Gerak dlm pukul 6 n 1st kiteorang g masjid dulu untuk nikahkan abg cousin aku ni, mula2 ingat ok sebab dia da ready awal2 untuk lafazkan nikah tapi d sebabkan ade sedikit mistake or word2 yang x berapa faham so lambat la la nikohnye..hehe.. Tapi alhamdulillah semuanye line clear. Da setel, kiteorang pergi la rumah si pengantin perempuan, lama jgak kiteorang lepak, ambik2 pic la itu la ini la tapi yang x boleh blah bila lepas je aku, daus n atip yg juga dorang pon cousin aku abis makan, nak g bilik air untuk basuh tangan, ingatkan x ade orang la sebab gelap je n x tutup pintu, tetiba je aku ternampak ade mak cik ke sape tengah berkemban, so ape lagi aku n the gang lari la sebab ade org kt dalam bilik air, yg silapnye bila aku tercakap sorry kt situ jgak..hahaha...lau x, x ada la makcik tu perasan yg kiteorang ade kt si2. Punye la malu aku time 2 nasib bek la tua sikit kalau anak dara masak la aku..hoho.. Ok la, x lama lepas tu kiteorang pon belah la.

Besoknye, pkul 9 pagi kiteorang breakfast dlu kt kedai mamak, sempat la ambik gambar buat kenang-kenangan. Pas tu balik rest house dulu sebab nak kemas brg2 tok balik Melaka terus lpas pergi rumah kenduri kawin. Pukul 11.50 kiteorang gerak la g Baling, sampai sana aku kena bwk bunga telur ingatkan ringan bangat ropenye berat sampai tangan aku da mengigil..kah3x.. macam bese la ambik gambar la. Da setel, kiteorang pon terus blah dr kenduri kawin, grak dalam pkul 2 n sampai rumah aku pkul 10.45 tu pun sebab ade stop2 kt R&R untuk solat n lain2.

Last week pulak iaitu semngu lepas kenduri kawin kt Kedah, kali ni kenduri kawin kt Melaka, area Gedung Lalang Bkit Rambai. Minggu tu mmg busy la sebab kena tolong kemas rumah, aku, Atip n Daus ape lagi wat koje yg d suruh tu. Jumaat malam Sabtu pulak ade kenduri doa selamat, da abis kiteorang bg la macam hadiah ke ape ntah untuk org2 yang dtg time tu. Nasib bek la laku.hehe... Besok tu, bermula lah majlis perkahwinan abg cousinku, tapi even hari tu happy tapi ade sedihnye sebab hari tu jgak la kakak cousinku punya laki da meninggal sebab skit jantung, mmg kesian jgak hari tu kn, aku x g melawat pon sebab terus g umah sedara aku. Btw, kita sedekahkan Al-fatihah untuk rohnye, semoga mencucuri rahmat,amin.. Ok la, sambung cerita balik, tghari tu aku kena jadi pengapit cousinku, Atip n Daus pulak pegang bunga mangga n at the same time cousin2 aku Nurul, Ikin n Yana kena marah dgn Nabilah, x tau nape suka2 marah but I dun care larhhh...haha. Time tu, mmg smart la aku sebab pakai baju melayu cewahhh...prasan betul~ Tapi agak gelabah ckit la jadi pengapit tapi x pe sebab org lain maybe x prasan tapi bg aku Tuhan je yang tahu macam ne rasanye, alaahhhh...aku jd pengapit je bukannye pengantin, pengantin pon lambat lagi la, biar ku abiskan belaja dulu pas 2 keje pas 2 ade rumah sendiri, kereta of coz la already.heee~ Da setel sume, tetamu pon da ramai balik, ptg tu dalam pukul 6 lebih kena kemas2 kt meja2 makan ape semua, mmg penat ckit tapi x ape, apa2 pon mmg best la masa tu sebab ramai sedara ade sekali. So tu saje cerita aku..Sayonara~ J

Thursday, March 24, 2011

Persediaan Sebelum Tidur

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.
Angry Birds -  Link Select