Domo

Tuesday, August 7, 2012

Convoi MNC bersama anak2 yatim Payasum ke Menara Taming Sari

Assalamualaikum hai korang.hehe. Welcome to my blog yg x seberapa ni pada seseiapa yang baru 1st time tgk link ni ye..wakakaka.. Baek la, diam x diam kita da pertengahan bulan ramadhan, cpatnye masa berlalu,huuuu..rase mcm nak putarkan balik masa 1st ramadhan hari tu. Tinggal bberapa hari lagi nak sambut raye, tapi tahun sy n family sy sambut biasa2 saje berbanding dgn thn2 yg lepas. 


So skrg sy bukan nak cerita pasal puasa atau raye, now nak flash back skit about last week yg best. Ape yg bestnye?? Mcm ni, hari jumaat lepas, sy ade join TT bawa anak2 yatim dr pusat Payasum ke Menara Taming Sari anjuran MNC(melaka neo crews) dgn kerjasama pihak Menara Taming Sari. Thanks pada sapa2 yg terlibat dalam program amal ni, serious mmg seronok sebab dpt mengeratkan sillaturrahim dgn kwn2 neo n pengalaman 1st time naik menara taming sari. Walaupun sy ni orang melaka, x semestinye semua tmpat kt mlaka ni sy poie, maybe malas kot, kalau pergi pun itu pun kwn2 or cousin2 yg ajak,hahaha.. :P


Tapi yg x bestnye sehari sebelum TT amal hari tu, sy sakit tekak pulak then kepala pun poning2 ni,huhu.. Waima sy x berapa sihat pun, sy tetap pergi jgak sebab bukan selalu dpt join program amal ni. Bukan tu je, sehari lpas TT tu, sy ade exam investment, sayangnye sy failed. X mengape la, bukan rezeki sy hari tu, maybe x study sgt. Sakit tekak n demam da baik, cume selsema je blom kering lagi ++dgn batuk pulakkk haiii....huhu.. Lepas buka puase kang, layan ubat batuk, hrmmm..rimas seyh dgn kahak dlm badan ni, yaarrrkkk... :D


Sepanjang TT ni berlangsung, kiteorang kena berkumpul kt mydin mitc melaka dulu, dlm pkul 3 da ade kt sana. Gerak nak ke Payasum Sg.Udang Melaka dlm 4.30 ptg, sampai je sana patut kiteorang kena bwk anak2 yatim tu poie taming sari tapi disebabkan kiteorang lambat skit so anak2 yatim da poie dulu naik bas. Hmm..kecewa jgak la masa tu tapi masa nak balik je kiteorang bwk kt Payasum. So tu je la sy nak cerita pada u all semua. Sy upload skit gambar2 masa sy join TT hari tu, enjoyyy my photos...!! sayonara assalam...



Iftar ramadhan
MNC charity, sampai skrg sticker ni bertepek lagi kt kete sy
Cun x girls nih??haha... Famie oh famie.. :D
Tunggu kwn2 yg tga isi minyak
B4 nak bergerak

Time ni dekat dpt Penjara Sungai Udang
Bersama anak2 yatim Payasum
With ahli2 NCM, yg tgh2 tu leader NCM melaka En.Virusfuker n tunangnye
Baru tiba d menara taming sari
Budak2 ni x mau keluar dari kete sebab mengantok sgt. Tapi 2 hari lepas gmbar ni d ambil, kereta ni eksiden not bad gak terok..huhu.. so sad~~
Menyampaikan hadiah kpd wakil Payasum b4 acara TT berakhir









Monday, July 30, 2012

Ramadhan yg ke10

Assalamualaikum to all my frend, alhamdulillah syukur pd Allah SWT sebab da masuk hari yg ke10 kita berpuase dalam bulan ramadhan. So far alhamdulillah x pernah tinggal pose cuma tarawikh je 3 hari den tinggal sebab maklumlah shopping utk raye.

Ermm..sebut pasal raye ni kan korang mesti yg da beli barang2 utk raye kan baik baju, seluar, langsir ape semua, boleh d katakan mesti nak yg baru kn?? Tapi bagi sy la, nak bershopping sakan ni agak2 jgak la, x ade sampai membazir kn kn kn?? sebab dalam islam pun x ajar kita supaya x membazir. Ok la kite ketepikan soal raye sakan makan ni. Kalau korang perasan la, kt masjid x kira la masjid tempat sy ke tempat korang ke , first2 ramai je orang pergi solat tarawikh, bile masuk ramadhan 4 or 5 keatas, makin lama makin kurang. Yg tinggal, orang2 yg biasa pergi masjid especially org2 tua, kanak2 pun ade jgak. Tapi kan biar la depa tu asalkan kita rajin pergi tarawikh. Bukan solat tarawikh je kite kena buat, byk lagi aktiviti dlm bulan puase ni cth mcm sedekah ke bace Al-Quran ke, berzikir ke, kn lebih baik. Hope bulan ramadhan n bulan2 yg akan dtg sy akan tingkatkan amalan sy lebih baik dr tahun2 sebelumnye amin..

Idea pun da abis, now skrg sy kt ofis sebab baru je bayarkan duit klien prudential, alhamdulillah semuanye da setel. Pas ni nak poie temankan akak den jap nak tgk baju kt tesco, then ptg tu pulak ade someone ajak sy buka pose dgn dia (aweks la ape lagi), harap2 la semua berjalan dgn lancar. Sayonara assalam.. :)

Thursday, July 26, 2012

MENGENANG PERISTIWA RAMADHAN PEPERANGAN AL-BADR

Muqaddimah

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.


Sejarah
 
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
Hikmah di dalam peperangan Badar.
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama

Kesimpulan

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya di dunia atau mati syahid.
Copy from Ustaz Muhammad Taufik (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=189701884493924&set=vxywtia.1343109995.1343267613.114211552042958&type=1&ref=notif&notif_t=photo_tag&theater)
x
x

Wednesday, July 25, 2012

Hari ke5 puasa

Assalamualaikum hai semua, yeahhh...bertemu kembali dlm dunia blogspot.com. Korang ape kabar?? Puase macam mana?? hehe...sy harap korang semua baik2 n puasa x ado yang tinggal (kcuali pmpuan la). Ingatkan hari ni ade kelas ceilli (investment) kt opis prudential jaya 99 rupenye cancel utk hari ni sebab ajen yg ajar kiteorang tu ade hal kot. X ape la, sat g mau hantar medical report mak sy kt bahagian doktor ortopedik Dr. Hamizan. Sy xde idea apa nak buat hari ni..huu.. :P

Ok la, apa yg den nak cerito hari ni yoo?? Huhu.. Oh ye, pasal puase, diam x diam, kita da masuk hari yang ke5 dalam bulan ramadhan. So far alhamdulillah sy x pernah tinggal puase tahun ni. Cuma time nak berbuka tu hari kelmarin la sy da terlebih makan pulak. Then bilo da konyang, 1 jam lopeh tu mulo la mengantok tapi walaupon mengantok bobonar tapi sy still poie solat tarawikh. By the way, pas ni time buka je biar la biasa2 aje bukan main tibai ikot suko ati jo bedal macam2. Yg sy teruja bila budak2 kt masjid kampung sy akan salam para jemaah yg baru sampai ke masjid termasuk la sy. Bagus jgak sebab depa ni akan mewarisi imam2 d masjid atau d rumah, selain tu jugak la dpt ramah mesra dgn org sekelilingnye (sorry ayat terpeleok skit sebab tga puase skrg so otak mcm susah nak keluarkan idea yg baik..ehhehe...). Nak cakap idea x ade nih, better duk diam2 daripada ckp yg bukan2 n aktiviti yg x do faedah. Orait, wa chau dulu assalam.. :)


Sebelum tu ni ialah doa ramadhan yg ke 5 :
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hambaMu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Tuesday, June 26, 2012

Study larh..!!! :P

Assalamualaikum kwn bloger sekalian..yeayyy... Bertemu kembali kite yg kt dalam blog ni, emmm...topik apa yg kita nak cakap ye hari ni, haihhh...blur seyh.. :P

Ok la, actually sy take 5 jap untuk study PCE (pra contract examination) sebab da pening ni study lama sgt..hehe.. Maklumlah exam pce da doket nih, tapi x apa sebab byk masa lagi nk study tapi tu x bermakna sy study last minute ok. Kenapa sy kena study benda nih?? Sebabnye sy nak kena kontrak as agent insurans then dpt kod agent malah income ke produksi jualan ke apa semua transfer kt sy..ada faham?? :)  Kalu x faham xpe la, ayat sy ni berbelit sikit. Seseiapa yg nak jadi agent insuran mesti kena ambik exam insurans or ade kontrak dgn syarikat, ni bukan akta syarikat yg keluarkan tapi bank negara yg tetapkan. So bila bank negara da pegang, apa2 komisen nk naikkan ke turunkan ke premium ke, itu kena bahas kt dalam parlimen. Kalu contohnya nak naikkan komisen, semua syarikat insurans yg telah berdaftar kena naikkan komisen juga atau semuanya sama rata. So bknnye senang2 nak buat mcm itu ok, then yg bestnye komisen kita dijamin walaupun bisnes insuran ni ada risikonya. Itu je la sy shring sikit about insuran. Ok la sy cau dulu, assalam.. :)

Tuesday, June 5, 2012

Shah Alam mali~ :)

Hai assalamualaikum bloger2 semua, korang sihat?? sy kt sini sihat alhamdulillah. Da lama juga la sy x update blog sy ni, maklumlah jd agent prudential ni so byk keje tapi x byk keje pun cuma malas nk update. Selalu jgak main facebook..hehe.. Actually da berapa kali sy nak update blog sy tapi semuanye draf sahaja sbab taip blog sekerat jalan n mule bosan + malas..ngeee...

Ok la sy skrg tga bosan ni kt shah alam temankan kakak g kelas so duk sana tido 1 hari je kt hotel mane tah sebabnya umah sewa dia blackout ada problem sikit bout wiring, now I kt McDonald with my sisters because mau breakfast, lapau sgt larh~ Dah tu x tau nk wat ape pas ni sebabnye kakak I skrg ade kelas skrg sampai pukul 12.30, tgk la lecturer dia nk bg keluar awl or x. Kadang2 awal, kadang2 lewat, wait n see. I think I wanna around in the Shah Alam town, sajer nak jalan2 tgk jalan short cut ke tempat yg best ke ape ke or tempat2 yg terbaik. Hmmm...I haven't idea what I want sharing to all bloger.

Baru teringat, so far my car comot (dulu kereta kakak sy) now upgrade muffler blakang jenis j's racing (tiruan je), air fillter K&N n last high pressure radiator cap. Performance ada sikit increase, even sikit tapi ade juga pikapnye. Yeayyy..1st time jgak la wa pakai muffler racing, seblum ni mod2 yg x libatkan enjin je kali ni I just change the muffler only, kalau nk tukar sekali with extactor mmg pokai la jwbnye. So far rim still lagi ori kipas sebabnye x de duit n satu lagi mmg x mau tukar pun, biar org kata standard d luar tapi dalamnye gempak, cewahhh...ayat nk power~ :P Emmm, tu je la sy nak sharing with blogger2 sekali, thanks sebab bace blog sy ni..sy amat menghargainya. Assalamualaikum.. :)

Thursday, March 29, 2012

Kesejukan diriku melanda d ofis baru..hehe

Assalamualaikum..hai kawan2 baik yang dikasihi sekalian. Korang ape kabar semua? Sy kt sini sihat alhamdulillah. Yeah, kita bertemu kembali kn setelah sebulan lebih sy x mengupdate blog, maklumlah sy busy sikit.ngeee...ampun ya mass.. :)

Baru2 ni jugak sy ade pergi Medan Indonesia. Pengalaman 1st time yg amat berharga bg sy sebabnye sy dapat naik flight, yeeppppii.. Not bad la, best jgak naik flight. Emm..yg bestnye kt sana, jalan2 pergi negeri orang, tgk keadaan sekeliling yg berbeza dr negara sendiri. Yg mana kehidupan mereka agak susah berbanding dgn tempat kita, sy rase kesian jgak sebabnye budak2 d biarkan tepi jalan, seolah2 mak bapak x jaga. kita patut bersyukur sebab tempat kita lebih baik dr negara mereka. Macam2 barang sy beli kt sana, sy beli telekong, keychain, t-shirt n adelarh sy beli sebab sy da lupe..hehe.. Tu je la sy cerita pengalaman sy kt sana sebabnye pnjang ceritanye klu nk d sharing kt korang semua.

Ape nk cakap lagi ye, emmm...x sabarnye besok sebab kakak nk ambik kete baru, then kete dia lak sy pakai, kete sy yg skrg ni pulak ayah yg guna. Hope semua berjalan dgn lancar amin.. kete ape yg kakak sy beli?? ngeee...biarlah rahsia, btw untunglah dia sebab kete tu atas nama dia dgn loan skali. Sy lagi heppy sebab dpt kete yg boleh jalan jauh, bkn ape la kete sy yg skrg ayah x bagi bawak jauh2, kot2 meragam x pasal2 buang duit n masa..huuu.. Orait cite da abis, sejuk lak ofis kt sini. Ptg ni naik Nilai ade keje kt sana, hope semuanye berjalan lancar sperti yg d plankan. Sayonara Assalam~ :)

Saturday, February 4, 2012

update terkini..

Assalamualaikum hai semua. Lamanye x update blog. Maklumlah sejak 2 3 minggu ni ni sy busy sikit dengan report praktikal. Alhamdulillah semuanye berjalan dgn lancar, report, buku log n segala dokumen2 yg ada da pun sy setelkan. Hari yg sama jga la kawan skolah mnengah lama sy ajak kluar so sy pun join la skali, sebabnye mmber ni nk pergi umrah sabtu ni so sy doakan dia n family selamat pergi n balik serta mudahkn segala urusan amin. Ape cerita latest sy?? Hmm..actually x ada pun juz nk ckp yg sy da abis praktikal so even da abis praktikal pun sy ttap pergi ofis as usually. So praktikal da habis, da start buat sales, so sy harap sy dapat lakukan insyaallah. Tu je yg sy boleh sharing, nanty sy update yg lagi latest ok. Assalamualaikum..

Tuesday, January 17, 2012

Pindah ofis baru..hehe..

Assalamualaikum..hee.. Korang pe kabar?? Baek??ngee... Ok la, skrg jam da nak hampir 2.40pg. Grr...da la besok nak bangun awal sebabnye sy, ayah sy n kawan2 ajen prudential yg lain naik Genting. Grak pkul 8 lebih lak tuh. 

Tapi x pe, lagi pun boleh je tido lambat bangun awal en3x..hehe.. Ermm..ape yg sy nak cakap ialah yg sy skrg da pindah ofis baru hari khamis lepas. Start isnin minggu lepas lagi kiteorang da packing2 brg msuk dalam kotak yg company da bg utk pindah brg2. Nasib baik la ade sorang kawan sama ajen prudential sempat ambik pic time tgh packing2 brg b4 pindah, keadaan masa tu agak busy jgak. Sy ape lagi sempat posing ambik gambo,hahaha... Mcm2 hal la, bkn apa la, da nk last2 duk ofis lama en. Besoknye hari rabu tu pulak brg2 dr ofis pun da dipindahkan ke ofis baru. Nasib baik la kiteorang x bawak kotak2 yg da packing dgn berat nauzubillah, kalau x maunye sakit pinggang n bahu dek pikul natang aloh tu..hee.. :P Sy masa tu 1st time jgak tgk ofis baru, kerani yg sama dgn ofis tempat sy keje bawak sy n kerani yg sorang lagi pergi ofis baru, seyes mmg sgt besar n mcm2 ada. Tapi maybe kureng sikit best kot, sebabnye ofis baru tu yg agak mcm public sikit then ofis lama yg juz kerani n ajen2 kiteorang je. Sekali, haa...!! ambik ko, ramai seyh. Oh ye, ofis baru yg kiteorang duk dkat tingkat 13 antara 15 tingkat dalam menara prudential Jaya 99. Ye menara Prudential Jaya 99 yg baru je bina tahun lepas. Boleh d katakn cepat jgak bangunan tu buat, rasenya dorang start buat dlm tahun 2010 rasenye. 



Sy, abg Shaifudin n Chef Farif bergambar b4 pindah, x lupe gak pd kak Ida n Sue yg terinterfrem skali..wakaka

Da siap packing brg dlm kotak~ :)

Rajinnye dia susunkn kertas en..lalalala

Keadaan ofis lama yg bakal sunyi..huhu..

Haa...masuk jgn x masuk ye~ :P

Sebelum sy terlupa lak, hari tu lepas je sy tgk ofis baru, sy x bawak kereta, tapi sy tumpang kerani naik kereta dia. Masa time nk lunch tu, dia suruh sy bawak. Sy x kisah kereta ape pun tapi yg buat sy mengigil sekejap bila kereta tu manual, bukannye auto yg biase sy drive tiap2 hari..hahaha.. Then ape lagi sy cuba la nk drive manual, 3 4 kali jgak mati enjin tapi x pe, atleast sy da mahir sikit then b4. Thanks to kak ida sebab suruh sy drive kereta dia, maklumlah dia tu mengandung, so kena be careful. So sy rase cukup la setakat ni, sy nak packing2 brg jap utk besok nk pergi Genting pas tu sy mau tido. Chau dulu, Assalamualaikum.. :)


Tuesday, January 10, 2012

Doa untuk menghilangkan susah hati..

Assalamualaikum semua, hari ni sy nk share doa hilangkan susah hati. So sape2 yg rase x sedap hati tu, elok la baca doa ni. Insyaallah, hati kita akan tenang.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­َزَÙ†ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْعَجْزِ ÙˆَالْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَالْبُØ®ْÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَÙ‚َÙ‡ْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia."

Modi Wira versi JDM + MDM

Hai assalamualaikum semua, sihat?? Sy sihat alhamdulillah. Ngee, nk cite ape eakk..? Ape kate kita cite pasal kereta lak. Bkn ape, sebenarnye x de idea nk bukak topik ape. Ok la, x yah buang mase lagi, sy cite about Wira. Wira??hahaha.. Actually skrg sy da guna Wira milik ayah sy untuk pergi keje, Neo lak skrg ayah guna, da jarang bawak. Alasannye yg selalu bg, sedap. Seyes memang sedap bawak kalu d bandingkan dgn neo. Bukan bermaksud neo tu x sedap tapi feelingnye ade ong larh. Tapi actually, Wira tu pun da jd milik sy walaupun masih lagi milik ayah sy..hehe.. :P

Sy x nk la upload kereta Wira yg sy da modi skrg sebabnye x banyak modi pun utk exterior, maklumlah modal x do laei..huhu.. But never mind, modi sikit2 dulu pas tu hasilnye tadaaa...!!! Tgk pun puas hati jgak. If da siap modi brg2 JDM yg sy bikin akan sy upload, insyaallah. Cuma lambat or cpat je. Xpe, kita kena sabar nk buat suatu bnda. Sabar tu kn separuh drpd iman (wah3x..da mcm ustaz lak). Haa..ok la tu je yg sy nk cakap. Ni contoh2 pic exterior yg boleh sy modi utk Wira sy nanti, walaupun simple tapi ganas n cun. Utk interior pulak akan sy update blog yg akan dtg. Sayonara Assalamualaikum~ :)

Purple color


With bonet custom Evo 3, lips, skirting GSR n rim SSR Type-C
With holder lancer, emblem Mitsubishi Lancer GSR












Monday, January 9, 2012

Ucapan pada pasangan yg mengikut syariat Islam

Seringkali kita mendengar ucapan ‘Selamat pengantin baru’, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’ dan ‘Semoga bahagia ke anak cucu’. Ini adalah ucapan dan doa yang telah menjadi ikutan dan adat dalam masyarakat kita. Mungkin tidak ada apa-apa perkara yang salah yang kita perasan tentang hal ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah.

Mari kita kembali kepada sejarah di zaman baginda,
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab,

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,

(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
Dipetik dari Blog MyJodoh
Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin. Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah. Kita berkata ‘semoga bahagia sehingga ke anak cucu’, tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?
Doa kedua yang agak popular, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’, pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?
Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan. Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.
Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita. Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.
Lagu dari Maher Zain ini adalah sebuah petikan doa yang betul yang diajar oleh Rasulullah.

Friday, January 6, 2012

Huh...!!! BAru nk mAndi kAA???

Assalamualaikum, hey pe kabar blogger2 sekalian. Hari ni sy hepi sebabnye maybe sy layan lagu rock keras kowt kt website Sinar fm. So that's y la hepi. K la, apa topik hari ni ye?? Hmmm...nggak tahu seyh, tetiba je hilang idea nak cakap ape (x yah cakap pun paan syg.. :P ). Oh ye sy belum mandi lagi en..haha.. (eeee...ape la ko ni paan). Segar lak hari ni puas tido sebab balik dr Nilai jam 11.30 mlm semalam.

Semalam sy pergi Nilai, ada prospek klien n ajen insurans kt sana so sy pun shoot la. Actually tu cousin sy punye ajen n klien dia je, sy cuma ikot la..heeee.. Lagi pun kt area Nilai, banyak market kt sana so sonang gak eahh nak buek sale kek sano. Nak2 en, cousin blah ayah pun ade duduk sana, so no problem la nk cari prospek. Kebetulan jgak la adik angkat sy pun duduk Nilai. Untuk pengetuan u all la, adik angkat sy tu, cousin sy punye kawan. Kiranye bff la,hehe... Da melesit ke c2 lak cite sy en. Berbalik pd awal2 cite td, serius market d sana agak luas sebab banyak org x mengetahui sangat about company insurans Prudential. So peluang mmg sangat la cerah, ape pun yg penting sharing kt dorang. Dorang nk beli or x, itu terpulang pd dorang, atleast yang pentingnye dorang tahu gak about prudential n produk2 yg d jual. Actually ramai nk beli polisi insurans, cuma dorang x tau dgn sape, selain tu jgak produk tu mesti la yg bestkan. Dan yg penting kepercayaan ajen  insurans tu, wajib ade. Kalau kepercayaan x ada, habis la. Orang pun x mau beli dgn kita. Smlm alhamdulillah, cousin sy close 2 caes. So sy akan jd ajen yg lebih mahir lagi bout servis n jumpa dgn org. Emmm..tu je sy cite kt korang semua. Orait, sy mandi dulu la ye, sat g nak potong rmbut sy kt kedai guntinng rambut. Yela, rambut pun da lebat skit. Sayonara Assalamualaikum~ Sharing is caring..

Tuesday, January 3, 2012

Me n Satria Neo in memories.. :)

Assalamulaikum, hai kawan2 semua. Sy harap korang semua ceria n senyum2 selalu. Bulan baru, tahun baru, hari pun baru gak,hehe.. Skrg ni musim hujan da berakhir n musim ni jgak la musim panas a.k.a kemarau, so bersedia la untuk menghadapinye. So nasihat sy, minum la air masak banyak spaya kesihatan kita baik. Tapi seyes smlm sy pergi Gadek Alor Gajah tmankan kakak n adik sy mndi air panas Gadek, cuaca sgt baik n silau tu jan ckap la. Siap lagi pakai spek hitam spaya mata sy x silau. Mmg temperature pun of coz panas kn, itu baru panas dunia, belum lagi panas kt akhirat. So doa pd Allah S.W.T spaya d ampunkan segala dosa2 yg lepas.~



Sy nk sharing bout kereta sy Satria Neo. Nape sy bukak tajuk nih kt korang semua?? Saje nk sharing, i2 aje. Hari tu, ayah sy cuba start kereta sy tuh tapi x boleh sebabnye maybe starter or oil pam. 1st ingat bateri kong, rupanye x. Sy pun dok naik pening masalah ni. Untuk pngetahuan korang, actually kereta sy tuh selalu je x ley start, kerap jgak la masuk workshop. Berabis duit untuk repair segala macam masalah neo sy tuh.huhu... Maybe jgak sy salah, sebabnya sejak sy guna kereta lain, neo sy tuh selalu je buat masalah terutamanya bateri, malas la nk ckp apa specific problem dia. Btw sy harap pas ni x akan rosak lagi..amin..



Sejarah sy dan si neo??heee.... Sy guna kereta neo tu since May 2009, ambil dr tangan kawan ayah sy iaitu En. Azman Abu, upline ayah dalam bisnes prudential dan juga kawan poilitik dulu. Ayah sy la yg bagi kete neo tu kt sy untuk sy senang nk pergi kolej ulang alik n x duduk hostel. Banyak kenangan sy dgn si neo nih. Ada yg suka, duka, sedih, ketawa, merajuk n mcm2 lagi la kenangan sy bersama neo yg da hampir msuk 3 tahun. Minyak kereta?? jgn cakap la, mmg boleh tahan kuat minyaknye..huhu.. Pengalaman yg sy x boleh lupa bersama si neo ialah jalan2 pergi ulu bendul. Nak tahu kenape?? Sebabnye 1st time sy bawak kete tu jauh2..hehe.. Then pas tu g nilai jap, sajer nk lepak rumah sedara. Pas tu balik lalu highway, ape lagi sy lenjan la 150km/h++..wakaka... Selain tu lak pengalaman yg sy x boleh lupa sgt ialah sy hang out with aida, sy jalan2 dgn dia naik kereta sy. Kiranye 2 kali, 1st masa dia baru sampai then 2nd hari yg dia da nak balik. Mmg seronok masa tu, sy amat menghargainya bila dia dtg mlaka. Hope dpt jumpa dia lagi, insyaallah..

Pic ni masa beberapa hari selepas sy beli kereta ni, smart kn??hehe..



Modified?? hehe..of coz la. Macam2 sy buat kt kereta tuh. 1st sy men lamp indoor, then pas tu tukar plate yg lagi kecik then b4 plate style singapore. Tapi sy ikot spec JPJ larh, kalu x naye je.. Pas tu pulak sy tukar spoiler yg lebih cun gak iaitu versi r3. Sy mmg suke spec neo r3 limited yg 1st dulu, sebabnye lebih garang. Beberapa bulan lepas tu, sy beli karpet r3 neo lotus racing. Ala...kete neo hijau yg mahal tuh..hehe.. Ada duit sikit, sy beli lips r3 lak kt kedai aksesori. Not bad gak hrga dia tuh, tapi mmg berbaloi. Sy tambah sticker sikit pd posisi tepi blah belakang, kiri n kanan. Sy tgk, wahhh...cun seyh (bangga la tuh..uuwekkk~) So sy rase tu je la yg sy modi. X banyak pun sy modi juz simple2. Sy lebih suke modi simple2 then modi yg agak melampau, sbabnye kalu modi kaw2 kang len lak tgk neo tuh.

Ni la kereta sy setelah sy modi (sikit2 je modi)
Sian kena on town, x pela..hope neo baik2 jer~


So itu je kowt sharing sy hari ni, juz cerita sikit2 je. Hope kereta sy tuh ok n tiptop..hehe... Sayonara Assalamualaikum~

Monday, January 2, 2012

Starting new story in 2012

Assalamualaikum, hai semua blogger2 yg d kasihi.hee... Sy harap korang semua ceria2 slalu. 2011 pun da berakhir, 2012 da bermula. Ape sy nk sharing hari ni ye..heee... 

Oh ye, bila masuk je 2012, satu perubahan or penghijrahan yg akan berlaku, x yah la nk tunggu azam 2012 baru nk berubah ye x?? Perubahan ni dr segi tingkahlaku, kualiti n apa jua larh yg ade kaitan. Sy harap la tahun ni lebih baik dr tahun2 yg sebelumnye. Pada tahun ni jgak la, sy mesti kena rajin sedikit then b4, bkn ape la. Sy da x boleh main2 lagi, sebabnye sy skrg da kena start buat sale or jumpa2 org, share anything asalkan yg berfaedah la. So mengapa kita nk tunggu tahun bru je nak buat azam baru sedangkan kita da set azam kita sendiri kn nk jadi lebih baik or lain2 lagi. Maaflah sebab maybe ayat sy td tuh ade macam x kena or tunggang terbalik, tapi x mengapa la. Korang mesti la ada azam korang kn?? So azam korang tu akan tercapai,amin.. 

Cakap lak pasal impian, semua org pun ade impian masing2 termasuk sy. X kisah la ape yg kita impikan, yg something impossible pun boleh jadi suatu impian, silap2 boleh jd possible. Mcm sy tgk satu video yg mna orang tu buat kapal terbang kt blakang rumah dia je. Dah tu, bila da siap, boleh terbang lagi. Memang perfect, x mustahil impian yg maybe impossible akan jadi kenyataan, cuma kita nk buat or x. Kalu boleh impian kita tu specific, contohnya sy nak kereta Honda Civic Type-R warna putih, sy x kisah recon ke baru asalkan itu impian sy. Tapi ade gak impian yg maybe buat org tersenyum, mcm ayah sy dulu. Masa tu ayah sy cikgu (skrg da agensi manager insurans prudential, da lama berhenti cikgu), buat part time ajen insurans masa tu, kereta impian ayah proton wira yg skrg sy pulak yg guna after proton satria neo. Itu pun baru sy tahu bila ayah cite kt downline ayah baru2 ni jgak la. Macam sy ckp td la, x kisah la ape yg kita impikan asalkan jangan something yg sia2 or x ada hasil yg baik untuk kita n orang lain.

Ok, smpai sini je la sy merepek panjang2. Semoga kita jadi lebih baik dr yang sebelumnya, sekian assalamualaikum..
Angry Birds -  Link Select