Domo

Sunday, June 26, 2011

Akhirnya..

Salam semua, hari ni ialah hari yang paling best bagi ku. Tadi aku ade sebut pasal hari yang membosankan tol x?hehe.. Ok la, skrang ni aku tukar topik pulak. Hari ni memang hari bertuah aku sebab impian aku da tercapai. Apa yang tercapai tu ea? mesty korang nak tahu kn?hehe.. Impian aku ialah dapat nek kereta sports dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Kereta itu adalah Honda Civic Type-R FD2.



Aku mulakan cerita ini, tadi aku dgn family aku g jusco baru kt mlaka. Sampai je then masuk dalam jusco, aku ternampak ade show kereta2 Honda, maklumlah nak promote n jual kereta2 Honda kan. Macam2 jenis kereta yang ada kt situ, yang paling menarik skali bagi aku adalah kereta Honda Civic Type-R. Kenapa aku suke kereta tu? sebabnya kereta tu laju boleh kalahkan kereta2 jenis turbo. Lagi 1, pernah gak aku tgk kt youtube yang Type-R ni, kt trek di Jepun dia la no1 yg mengalahkan Nissan Skyline GT-R34 n kereta2 sports yg lain yg sama kelas dgnnya untuk time attack. Perghhh...aku pun x sangka gak enjin stok K20A tu boleh laju mcm peluru. So finally aku dpt jumpe dgn mata kepala aku sendiri. Bukan tu je, aku siap nek lagi Type-R tu tapi duk2 je la kt seat driver tu then aku berangan tukar gear. Tapi seyes masuk gear lembut je, mmg sedap gak la apatah lagi kalau d bwknye Type-R tu. Aku rasa sgt happy n teruja jap bila dapat pegang stereng n mcm2 larh. Kalau boleh aku nak dpt kereta tu gak, insyaallah kalau aku rajin cari duit, so rezeki x kemana kn. Tapi apa2 pun  aku tetap syg Satria Neo aku tu sebab da byk berjasa kt aku. Sampai sini je cerita aku. Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Angry Birds -  Link Select