Domo

Saturday, April 23, 2011

Larangan Jual Nasi Lemak


nasi lemak buah bidarabuah bidara
daun selasih hamba lurutkan
tinggal emak tinggal saudara
kerana kasih hamba turutkan
Kerana kasihkan ilmu, pagi-pagi buta anak-anak dah ke sekolah [bukan kerana kekasih]. Ada di antara mereka, beg yang dipikul lebih besar dari badan sendiri. Sebahagiannya ada yang sempat bersarapan sementara sebahagian lagi meredah embun dengan perut yang masih kosong. Harapannya sempat makan di kantin nanti.
sesekali makan nasi lemaknasi lemak
orang keliling usah peduli
seringgit bukannya banyak
tidak cukup tambahlah lagi
hidangan lama nasi lemak
ada telur dan sambal bilis
ajaran syaitan usah tamak
perlu makan sampai habis
Pelik juga membaca pengumuman larangan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai penjualan nasi lemak di kantin sekolah, makanan turun-temurun masyarakat Melayu di Malaysia. Kalaulah hanya kerana ramai kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti, saya fikir nasi lemak bukan puncanya. Berapa keratlah budak-budak yang ketagih nasi lemak berbanding dengan ketagih makanan ringan yang bermacam jenis di pasaran.
ramai pelajar sudah obesitipiramid makanan
berat badan sudah melebihi
turun padang dah berat kaki
hanyalah aktif menonton tv
mereka suka makanan ringan
ibu dan bapa tiada larangan
masak sendiri tak kesempatan
makanan segera jadi pilihan
Kesedaran ibu bapa atau penjaga amat perlu untuk memastikan anak-anak memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kanak-kanak juga perlu digalakkan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan makanan bergula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Angry Birds -  Link Select