Domo

Sunday, March 27, 2011

Drama di suatu petang...

Di suatu petang bertarikh 21 Mac,terjadinya sebuah drama yg agak tragis. Kisah bermula apabila Siti (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai makan di kawasan bandar Melaka dengan menaiki kereta Kancil bersama-sama Zack dan Remy (juga bukan nama sebenar). Sebaik sahaja tiba,Zack dan Remy terus duduk di kerusi yg disediakan di kedai itu. Siti pula menyusul dari belakang. Tapi,belum sempat Siti nak duduk...,tiba-tiba muncul seorang lelaki (Haikal - juga bukan nama sebenar) bangun dari tempat duduk di meja berhampiran,dengan muka yg masam,pergi berlalu dari meja tersebut. Siti berlari-lari anak mengejar Haikal dan menahannya dengan menarik tangan Haikal itu. Mereka seakan berbicara sesuatu. Haikal,sekali lagi ingin pergi dari situ tapi Siti berjaya menarik tangannya. Mereka berbicara lagi. Cuma kali ini kelihatan lebih tegang. Haikal mula meninggikan suara. Air mata mula menitis di kedua-dua pipi Siti. Keadaan bertambah tegang. Semua pelanggan di kedai makan tersebut mula memberikan perhatian ke arah mereka berdua. Hanya untuk mengetahui hal yg sebenar. Zack dan Remy bangun dari kerusi dan menuju ke arah Siti dan Haikal. Remy cuba untuk menenangkan keadaan mereka berdua yg sedang tegang itu. Namun,sebaliknya,Zack kelihatan seperti cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan. Zack juga mula meninggikan suara. Zack mula bertelagah dengan Haikal. Mereka hampir-hampir bertumbuk. Tapi berjaya ditahan oleh Remy dan Siti. Air mata di pipi Siti semakin laju mencurah. Untuk dipendekkan cerita,rupa-rupanya Haikal dan Siti adalah pasangan kekasih. Siti berlaku curang terhadap Haikal,memberi alasan keluar bersama saudara tapi sebenarnya keluar bersama lelaki lain. Siti semakin teresak-esak menangis. Haikal akhirnya pergi berlalu dari situ dengan wajah yg sedih bercampur geram...
Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah...
The moral of story  :  DON'T EVER EVER EVER CHEAT & BETRAY YOUR LOVE ... !!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Angry Birds -  Link Select