Domo

Wednesday, September 21, 2011

MANFAAT-MANFAAT YANG DITAWARKAN DALAM PELAN PRU LIFE READY


HAYAT
1) BASIC SUM ASSURED
Melalui manfaat ini, klien atau waris akan diberikan sejumlah pampas an sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal (TPD).
Minimum à RM 10,000
Maksimum à RM 2juta

2) KHAIRAT KEMATIAN
Sekiranya klien meninggal dunia (secara semula jadi atau akibat penyakit) waris akan diberikan wang khairat sebanyak RM2,000. (Tidak dinyatakan dalam quotation).

3) ENHANCED PRU PAYOR BASIC
Apabila klien disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal, klien tidak perlu lagi membayar premium insurans. Insurans klien akan menjadi percuma sehingga klien berumur 100 tahun atau meninggal dunia. Namun, manfaat yang ada boleh terus dinikmati.

4) ENHANCED PRU SPOUSE PAYOR BASIC
Manfaat ini khas untuk mereka yang telah berkahwin. Melalui manfaat ini, sekiranya pasangan klien (suami / isteri klien) disahkan meninggal dunia, lumpuh kekal atau menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, INSURANS KLIEN akan menjadi percuma sehingga klien berumur 70 tahun dan manfaat boleh terus dinikmati.
 5) PRU LIFE GROWTH
Melalui manfaat ini, basic sum assured klien akan bertambah pada setiap tahun ke 5, 8, 11 dan 14 polisi.
Minimum pertambahan à RM 5,000 (1 unit)
Maksimum pertambahan à Rm 40,000 (8 unit)

6) PRU LIFE INCOME
Melalui manfaat ini, sekiranya klien meninggal dunia, waris akan mendapat pendapatan tahunan selama 20 tahun (dari tahun kematian).
Minimum à RM 1,000 setahun
Maksimum à 10% daripada basic sum assured klien



                       

KEMALANGAN
1) PRU ACCI GUARD
Klien / waris akan diberikan sejumlah pampas an tambahan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal akibat kemalangan.
Pampasan akan menjadi 2X ganda sekiranya kemalangan tersebut berlaku di 3 keadaan iaitu :
                        i) Pengangkutan awam
                        ii) Lif (Kecuali lombong atau tapak pembinaan)
                        iii) Kebakaran di bangunan awam

2) PRU ACCI MED
Melalui manfaat ini, klien boleh membuat tuntutan bayaran balik ke atas semua kos rawatan bagi kes-kes kemalangan yang dibayar sendiri.
Had maksimum tuntutan bayaran balik à RM2k, RM4k, RM6k, RM8k, RM10k

3) PRU ACCI INCOME
Sejumlah ganti rugi pendapatan mingguan akan diberikan sekiranya klien diberikan CUTI SAKIT akibat KEMALANGAN. Tempoh maksimum ganti rugi diberikan ialah selama 104 minggu / 2 tahun untuk setiap kes kemalangan.  
Minimum à RM 100 / minggu
Maksimum à RM 1400 / minggu



4) PRU DISABILITY PROVIDER (PDPR)
Sekiranya lumpuh kekal berlaku sebelum klien berumur 65 tahun, pihak syarikat akan memberikan elaun khas secara tahunan kepada klien, sehingga klien berumur 65 tahun. (Elaun akan diberikan setahun selepas disahkan lumpuh kekal).

5) KHAIRAT KEMATIAN
Sekiranya klien meninggal dunia akibat kemalangan, waris akan mendapat wang khairat.
Kemalangan berlaku dalam negara à RM 4k
Kemalangan berlaku luar negara à RM 6k

6) RAWATAN TRADISIONAL
Klien boleh mendapatkan khidmat rawatan tradisional di pusat rawatan (yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia).
RM 30 / hari
Had penggunaan maksimum à RM 1500 seumur hidup

7) ELAUN KERUSI RODA
Sekiranya klien memerlukan alat bantuan pergerakan (kerusi roda / kaki palsu / tangan palsu), pihak syarikat akan memberikan minimum RM1,000 (bergantung kepada ½ nilai PRU ACCI MED) untuk kos pembelian alat bantuan pergerakan.




8) OVERSEAS COMPANION ALLOWANCE
Sekiranya klien terlibat dalam kemalangan di luar negara, klien akan menerima peruntukan sebanyak RM1000 untuk tiket pulang ke Malaysia / sekiranya klien ditahan wad di luar negara sekurang-kurangnya selama 10 hari, salah seorang daripada keluarga terdekat (ibu / bapa / suami / isteri / adik – beradik / anak) boleh melawat klien dan tiket pulang ke Malaysia akan ditanggung sebanyak RM1000.

9) GOVERNMENT HOSPITAL CONFINEMENT
Sekiranya klien ditahan wad (hospital kerajaan) klien akan menerima elaun harian. Jumlah elaun bergantung kepada nilai PRU ACCI INCOME yang diambil ( ½ daripada PRU ACCI INCOME).

PERUBATAN
1) *PRUHEALTH
2) PRUMED
Melalui manfaat ini, klien akan menerima 3 jenis elaun sekiranya ditahan wad akibat penyakit atau kemalangan.
i) Elaun harian wad à RM 50 / unit
ii) Elaun ICU à RM 100 (2X ganda unit)
iii) Elaun pembedahan à
·        Bergantung kepada tahap keseriusan (Skala 1 – 7)
·        Minimum RM125 / unit ( Tahap 1)
·        Maksimum RM 2500 / unit (Tahap 7)

3) HOSPITAL BENEFIT
Melalui manfaat ini klien akan diberikan elaun harian tambahan sekiranya ditahan wad akibat penyakit atau kemalangan. Minimum RM50 sehari.

4) CRISIS SHEILD PLUS
Sekiranya klien disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, klien akan diberikan pampas an khas.
Namun, sekiranya klien tidak pernah menuntut manfaat ini sebelum meninggal dunia, waris akan menerima pampas an ini (CRISIS SHEILD PLUS + BASIC SUM ASSURED) apabila klien meninggal dunia atau lumpuh kekal.
Minimum à RM 10k
Maksimum à RM 500k

5) CRISIS COVER INCOME
Sekiranya klien disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, klien akan diberikan sejumlah pendapatan khas secara tahunan. Pendapatan untuk tahun pertama akan diterima sebulan selepas disahkan sakit.
Minimum à RM 1K
Maksimum à 80% jumlah pendapatan tahunan klien

6) MULTIPLE CRISIS PROTECTOR
Klien akan menerima wang pampasan khas sekiranya disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Manfaat ini boleh dituntut sebanyak 3 kali (untuk 3 penyakit kritikal yang berbeza kelas).  


Sumber ini diambil dari note kakak saya...sekian.. Jika ada apa2 yang tidak faham boleh bertanya kepada saya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Angry Birds -  Link Select